Majalah Universitimy - Sumber Informasi Universiti Anda



Majalah Universitimy dilancarkan pada bulan April  2014 yang akan berkongsi info tentang berita dan perkembangan mahasiswa di seluruh Malaysia.Edisi pertama ini memuatkan lebih banyak berita & teknik belajar khas untuk mahasiswa dan mahasiswi di IPTA  dan IPTS Malaysia.

Pelbagai berita & program berkaitan dengan mahasiswa dikongsikan dalam Majalah Universitimy Edisi 1 dan yang paling utama , anda akan mengetahui banyak  isu  , tips, teknik study , dan perkembangan yang berlaku di universiti seluruh Malaysia.







Klik Like Jika Suka

Share dengan Rakan Anda



www.universitimy.com
( Sumber Informasi Universiti Anda )





Continue reading →

Teknik - Teknik Belajar di Universiti

Teknik & cara belajar di universiti amat penting supaya anda dapat menjadi mahasiswa yang berjaya mendapatkan diploma & ijazah dengan keputusan yang baik.Ramai mahasiswa yang masih tidak tahu tentang teknik - teknik untuk belajardi universiti dengan baik.

Baiklah , di bawah merupakan antara teknik belajar di universiti supaya anda semua dapat praktikkan untuk pembelajaran korang di universiti masing-masing.



Belajar sambil menulis & mendengar

 Belajar sambil menulis & mendengar  adalah yang terbaik untuk korang paham apa yang diajarkan oleh pensyarah korang nanti. Masalah yang paling kritikal kat sini bila pensyarah korang asyik membebel panjang tanpa memegang satu pun pen maker untuk menerangkan apa yang diajarkan.

Jadi kena bijak lah tegur dia ke macam mana, ataupun terpaksa belajar dengan kawan korang sendiri. sadis!


Menulis isi & point penting 

Pastikan setiap apa yang diterangkan, samada melalui percakapan ataupun perbincangan di dalam kelas tu, korang tulis isi penting supaya korang tidak akan terlepas pembelajaran tentang topik tersebut.

Ini penting untuk rujukan korang buat masa hadapan, lebih-lebih lagi ketika menghadapi peperiksaan.



Fokus 200% ketika di dalam kelas


Jangan lah masih nak main dengan telefon bimbit korang tu lagi buat masa ni. Kalau girlfriend ke boyfriend korang hantar mesej pun jangan balas. Macam tak ada masa lain nak mesej. Mohon Clash pasangan macam gini. Bukan dia yang tolong kita nak jawab soalan nanti kalau tak boleh jawab.



Berinteraksi dengan pensyarah


Kalau korang duk tunjuk semangat nak belajar dengan dia tu, acah-acah rajin belajar depan dia pun okay. Biarkan diaorang kenal siapa korang tu. maksudnya bagi dia ingat nama korang, jadi kalau ada masalah ke tak paham, korang takan segan nak bertanya.



Pilih pensyarah yang betul 


Ramai di antara kita yang belajar kat universiti ini lebih cenderung untuk belajar dengan pensyarah pilihan diorang. Sebabnya nanti tak ada lah korang pening kepala atau pun segan nak bertanyakan soalan. Lebih-lebih lagi kalau pensyarah korang tu foreigner.

Di akhir kata, teknik - teknik ini membolehkan anda belajar dengan baik sekaligus mengekal tahap pointer anda dengan baik . Selamat belajar & berjaya di universiti anda dari Universitimy .

Rujukan : khairulasrol.com


Klik Like Jika Suka

Share dengan Rakan Anda


www.universitimy.com
( Sumber Informasi Universiti Anda )





/div>
Continue reading →

10 Pekerjaan Lepasan Universiti yang Paling Lumayan Di Malaysia


Mengikut sumber, sebenarnya purata gaji ini dikira mulai 1 Januari hingga 31 Ogos tahun lepas. 

Mengikut portal cari kerja popular Malaysia Jobstreet.com, kaji selidik itu mendapati pekerja yang berkhidmat dalam jawatan eksekutif yang mengkhusus dalam bidang perubatan, kejuruteraan, kewangan dan teknologi maklumat (IT) secara amnya memperoleh gaji lebih tinggi, dengan gaji purata RM2,800 sebulan.

Walau bagaimanapun , kadar gaji yang bakal diberikan bergantung kepada majikan , tempat , tahap pointer , kelayakan , pengalaman & aspek lain yang akan dipertimbangkan semasa proses mengambil mahasiwa untuk bekerja.

Ini merupakan perkongsian dari website universitimy kepada mahasiwa Malaysia.


Klik Like Jika Suka

Share dengan Rakan Anda



www.universitimy.com
( Sumber Informasi Universiti Anda )





Continue reading →

MMU lancar Sekolah Pengurusan Siswazah



CYBERJAYA - Universiti Multimedia (MMU) menjadi universiti swasta pertama dalam negara yang membangunkan Sekolah Pengurusan Siswazah (GSM) menawarkan kursus ijazah dalam bidang perniagaan, pengurusan dan pentadbiran.

Menteri Pengajian Tingi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pembangunan sekolah pengajian itu adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan sekurang-kurangnya dua sekolah pengurusan terbaik negara yang dibangunkan oleh Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Beliau yang memuji pencapaian MMU itu berkata kecemerlangan universiti itu merupakan satu lagi bukti bahawa tidak ada perbezaannya antara universiti awam mahupun swasta.

"Kerajaan memang merangka untuk mempunyai dua 'top business school' dari IPTS. Saya difahamkan GSM ini merupakan sekolah pengurusan siswazah yang pertama diwujudkan oleh IPTS," katanya semasa berucap pada majlis pelancaran fakulti terbaharu MMU itu di sini hari ini.


Pada masa ini Malaysia hanya mempunyai dua Sekolah Perniagaan Terbaik yang diiktiraf; Sekolah Perniagaan Siswazah (GSB) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Sekolah Pengurusan Siswazah (GSM) Universiti Putra Malaysia (UPM); dan bilangan institusi yang diiktiraf adalah terhad berikutan peraturan ketat yang disyaratkan Kementerian Pengajian Tinggi.

Sementara itu Khaled berkata sekolah perniagaan adalah institusi yang bukan hanya berperanan atau responsif kepada krisis, kerana ia juga harus mempunyai peranan transformasi, dan krisis terbaharu mengingatkan semua orang bahawa masyarakat bergantung kepada peranan pendidikan perniagaan.- Bernama


Klik Like Jika Suka

Share dengan Rakan Anda



www.universitimy.com
( Sumber Informasi Universiti Anda )





Continue reading →

Senarai tempat yang boleh digunakan Baucer Buku 1Malaysia





Pemberian Baucar Buku 1Malaysia kepada penuntut universiti diteruskan dengan peruntukan RM131 juta. Baucar Buku 1Malaysia telah diberikan kepada pelajar yang layak mendapat baucar buku untuk digunakan semasa pengajian mereka.

Ramai yang  tertanya-tanya kedai buku mana yang akan terima baucer buku 1Malaysia .

Ini merupakan Senarai tempat yang boleh digunakan Baucer Buku 1Malaysia  :



1. Syamoz Sdn Bhd
2. Syarikat Muda Osman Sdn Bhd
3. BN Supplies & Trading
4. Dynamik
5. Popular Bookstore
6. Boarders
7. Arena Ilmu
8. A/C Book Sdn Bhd
10. Syarikat My Bookstore Sdn Bhd
11. Uniworld Bookstore
12. MPH
13. Kinokuniya
14. PTS
15. Pc Fair yang terlibat
16. Kedai/koperasi universiti yang terlibat
17. & Tempat - tempat lain yang mengambil bahagian

Selamat membeli-belah & mengunakan Baucer Buku 1Malaysia anda dengan baik
- dari website Universitimy.


Klik Like Jika Suka

Share dengan Rakan Anda



www.universitimy.com
( Sumber Informasi Universiti Anda )





Continue reading →
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...